top of page

Ekosistem pelaburan di Selangor antara terbaik di Malaysia - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 28, 2024
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor optimis mencapai sasaran RM50 bilion pelaburan menjelang akhir tahun ini.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat Jun negeri Selangor telah berjaya meraih pelaburan berjumlah RM35 bilion.


"Kita capai keseluruhan RM35 bilion daripada sasaran RM50 bilion tahun ini. Itu baru setengah tahun. Jadi kita sasarkan boleh capai sasaran yang telah ditetapkan menjelang akhir tahun.


"Ini menunjukkan consistency (ketekalan) negeri dalam mencatatkan jumlah pelaburan yang signifikan. Daripada segi angka, kita menduduki tangga kedua selepas Kuala Lumpur dan di tangga ketiga diikuti Kedah dan diikuti negeri-negeri lain.


"Jadi saya percaya ini adalah pencapaian yang baik. Apa yang saya ingin nyatakan adalah consistency. Ini menunjukkan bahawa ekosistem pelaburan di negeri ini adalah antara ekosistem yang terbaik di Malaysia," katanya dipetik.


Sebagai rekod, Selangor merekodkan jumlah pelaburan RM55.3 bilion tahun lalu melebihi sasaran RM45 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri.


Sementara itu Amirudin memaklumkan negeri itu telah mencatat kutipan hasil RM2.218 bilion setakat ini, lebih tinggi berbanding sasaran awal tahun ini iaitu RM2.2 bilion.


Prestasi cemerlang itu antaranya disumbang perkembangan positif ekonomi dan kemasukan pelaburan yang agresif selain pembukaan kawasan baharu, pembangunan, perkilangan, pusat data serta beberapa pusat kecemerlangan yang rancak berkembang.


"Alhamdulillah, sebenarnya ini tahun keempat kita sudah dapat capai lebih daripada sasaran dengan tahun lepas lebih tinggi RM2.7 bilion (2023), tahun sebelum itu RM2.5 bilion (2022), tahun sebelum itu RM2.3 bilion (2021)," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page