top of page

Ekonomi T'ganu tumbuh tidak seberapa, sumbangan kepada KDNK amat kecil



Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak perlu berasa gah mengumumkan pertumbuhan ekonomi negeri sekitar 3 - 5% setahun sejak Pas memerintah negeri itu sedangkan sumbangan negeri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) amat kecil.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, pertumbuhan ekonomi sekitar 3% amat tidak sepadan dengan belanjawan negeri sebanyak RM2 bilion setahun yang diumumkan, setara dengan Belanjawan 2023 Selangor, negeri termaju.


"Memetik kenyataan laman Facebook Dr Samsuri, MB mengatakan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi Terengganu menunjukkan trend menaik sekitar 3 - 5% di antara tahun 2018 sehingga 2022, justeru menafikan bahawa di bawah pentadbiran beliau ekonomi Terengganu tidak tumbuh

Ahmad Nadhir Yob

"Namun begitu apabila kita melihat data sumbangan KDNK kepada negara mengikut negeri-negeri pada tahun 2022, negeri Terengganu hanya menyumbang 2.5% kepada KDNK berbanding selangor 25.5%, Kuala Lumpur 15.9% dan Johor 9.4%


"Persoalannya jika ekonomi Terengganu bertumbuh kenapa peratusan sumbangan KDNK negara oleh Terengganu mencatatkan antara yang terendah?


"Sedangkan jumlah belanjawan negeri adalah sekitar RM2 bilion setahun, lebih tinggi daripada negeri Selangor sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ahmad Nadhir dalam pada itu menyoal Samsuri apakah kayu ukur yang digunakan oleh beliau menyatakan pertumbuhan ekonomi Terengganu berada dalam trend menaik.


Dengan sumbangan KDNK yang begitu rendah, katanya, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pas tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka bijak menguruskan ekonomi negeri.


"Ini kerana pertumbuhan ekonomi yang dirujuk oleh MB termasuk dengan dana khas Kerajaan Persekutuan (wang ihsan) yang diterima yang digunakan oleh Kerajaan Negeri. Jika tiada dana tersebut adakah negeri Terengganu mampu menjana hasil setaraf negeri-negeri maju yang lain?


"Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pas sepatutnya lebih jujur dalam memberi maklumat kepada rakyat. Jangan menggunakan data separuh masak untuk melindungi ketidakcekapan mereka mengurus negeri Terengganu," katanya lagi.


Sehubungan itu, Ahmad Nadhir menyeru Rakyat Terengganu untuk bangkit menolak pimpinan Pas dalam Pilihan Raya Negeri Ogos ini dan rakyat perlu sedar bahawa Pas hanya bijak memperalat sentimen agama tetapi tidak mempunyai kebolehan dalam pentadbiran negeri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page