top of page

Ekonomi Singapura memecut: Ambil kesempatan pulihkan ekonomi Johor - Syed Ibrahim



Pertumbuhan tinggi ekonomi Singapura sekitar 7% pada 2021 seharusnya digunakan untuk memulihkan ekonomi Johor oleh kerajaan BN yang baru menang Pilihan Raya Negeri.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ekonomi Johor yang masih lembab dan terbelit kesan pandemik Covid 19 seharusnya boleh mendapat manfaat daripada pelaburan langsung asing (FDI) di Singapura yang tertinggi di Asia Tenggara.


"Saya fikir negeri Johor, terutamanya kawasan berjiran dengan Singapura wajar mengambil kesempatan penuh daripada keadaan ini.


"Wujudkan lebih banyak galakkan dan pekerjaan dengan penawaran gaji yang lebih tinggi, terutama dalam sektor eksport seperti peralatan elektronik, minyak dan gas, kayu atau produk kayu, kelapa sawit, getah, tekstil dan bahan kimia.


"Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dalam hal ini sewajarnya berkerjasama untuk memastikan ekonomi negara pulih semula," katanya.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ledang itu turut menegur Kerajaan Persekutuan yang ketika ini tidak berupaya mewujudkan urustadbir telus menyebabkan FDI kurang berminat masuk ke Malaysia.


Justeru, beliau berkata, satu usaha yang lebih bersepadu perlu digerakan bagi meningkatkan integriti dan meyakinkan para pelabur untuk menanam modal baharu di negara ini.


"Usaha untuk mengembalikan keyakinan pelabur harus dilaksanakan dengan serius dan tidak terpesong akibat agenda politik kuasa.


"Tidak ada gunanya kuasa jika negara lingkup dengan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang tinggi serta hutang keliling pinggang," katanya.


Beliau juga mahu kerajaan BN segera mengambil langkah mengukuhkan nilai ringgit agar tidak jatuh lebih teruk berbanding mata wang asing dalam bulan bulan mendatang.


"Apa yang paling penting ialah mengelakkan mata wang kita agar tidak jatuh lebih teruk hingga menjejaskan aktiviti ekonomi. Nilai ringgit memainkan peranan penstabilan yang penting dalam ekonomi," katanya lagi.


Beberapa bulan kebelakangan ini nilai ringgit merosot sehingga RM4.30 berbanding 1 dolar Amerika Syarikat menyebabkan produk pertanian dan baja yang diimport menjadi mahal, seterusnya menaikkan harga makanan serta barang keperluan lainnya yang digunakan sehari hari oleh rakyat Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page