Ekonomi Malaysia perlu diangkat kembali, peluang kerja akan lebih banyak



Ekonomi Malaysia yang lembab dan semakin buruk perlu diangkat kembali sebagai Tiger of Asia bagi menjamin lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya dengan perubahan ke atas kerajaan pada 19 November ini kerajaan baharu yang diyakini pelabur boleh dibentuk


"Malaysia kena kita angkat semula sebagai gergasi ekonomi Asia, baru dapat peluang pekerjaan, dapat pelaburan, orang hormat, tak ada rasuah, tak ada komisen. Pelabur boleh datang dan yakin dengan kita. Bila macam itu (hasil bertambah) soal masalah air boleh selesai. Tetapi kalau kita curi, sampai kiamat tak boleh selesai.


"Sebab itu kita mahu orang macam Husam menang sebab dia tegas. Dia boleh bantu pertahan hak Melayu, pertahan Islam tetapi kita mahu hidup dengan semua kaum aman damai.


"Tetapi kalau nak perubahan itu, Pasir Mas kena menang. Kalau tak jumlah kerusi tak cukup. Jadi minta tolong adik kakak," katanya dalam ceramah bersama calon Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, malam tadi.


Anwar turut menyingkap nostalgia ketika Malaysia berada di puncak kejayaan pada era 1990an dan menjadi negara utama Pelaburan Langsung Asing (FDI) serta pasaran kewangan nombor satu Asia Tenggara ketika beliau menjawat Menteri Kewangan.


"Masa saya dulu Menteri Kewangan negara nombor 1 pertumbuhan ekonomi, nombor 1 bursa saham Kuala Lumpur, nombor 1 kadar menganjuran pelaburan masuk dalam negara.


"Sekarang lingkup semua, ringgit merudum jatuh. Tanya Menteri Kewangan tak ada masalah. Tanya Pas, jangan tolak parti Islam. Orang makan pun tak ada. Letak Muhyiddin PM dia kata saya berjaya (kawal Covid 19). Berjaya apa, sekatan PKP paling lama di dunia, 2 tahun. Orang nak berniaga cari nafkah pun tak boleh. Ada Ahli Parlimen Pas bangkit bantah, tak ada," katanya.


Oleh itu, Anwar mahu rakyat Kelantan berfikiran jauh dalam PRU 15 ini dengan menolak parti BN - PN yang bersekongkol bukan untuk memajukan negara tetapi mencekik leher rakyat.


"Kita nak rakyat Kelantan fikir masa depan mereka. Ini bukan soal Husam nak jadi Ahli Parlimen atau Anwar nak jadi PM.


"Ahli Parlimen Pasir Mas dah tukar banyak kali, rakyat macam itu juga. Miskin macam itu juga. Masalah asas dalam hidup, air bersih tak selesai.


"Saya datang Kelantan tak tau beza teh susu dengan air. Tapi moto PN sekarang ini bersih dan stabil. Saya nak nasihat kawan kawan dalam Pas, bersih air dulu. Air bersih itu penting untuk kehidupan rakyat.


"Kalau dulu dia bukan dalam Kerajaan Persekutuan. Ini 3 tahun dah dalam Kerajaan Persekutuan. Menteri pun ramai, menteri air orang Pas. Selesaikan lah tunggu apa lagi? Bila saya cakap macam ini dia kata anti ulama," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER