top of page

Ekonomi MADANI: Malaysia dalam kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia



Ekonomi MADANI yang dilancarkan hari ini mensasarkan dalam tempoh 10 tahun Malaysia akan tergolong dalam 30 ekonomi terbesar di dunia.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat pagi ini berkata wadah itu akan menjadi induk kepada beberapa lagi dasar khusus yang akan diumumkan kelak seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.


"Ekonomi MADANI menetapkan sasaran jangka pendek yang sudah pun digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat


"Antaranya menyegerakan pelaksanaan projek sekolah dan klinik daif dengan tambah peruntukan, mudahkan tatacara perolehan serta turunkan kuasa pelaksanaan bagi mempercepat pelaksanaan projek-projek sekolah dan klinik daif.


"(Juga) menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini juga. Dan usaha telah digerakkan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) supaya isi rumah miskin tegar punyai peluang meningkatkan pendapatan mereka serta tidak hanya semata-mata menerima bantuan secara tunai," katanya di Bagungan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur.


Tambah PM, salah satu cabang Ekonomi MADANI adalah Konsep Payung RAHMAH yang akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup terutama kepada golongan B40.


"Payung RAHMAH diketahui sebagai cetusan idea Allahyarham saudara Salahuddin Ayub.


"Semua yang mengenali beliau amat terkesan sekali dengan pemergian tokoh hebat ini. Kerja keras dan kesungguhan beliau dalam menangani beban sara hidup rakyat akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta," ujarnya.


Menurut PM lagi, Ekonomi MADANI turut menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.


Pertama, katanya, Malaysia perlu berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia. Kedua: Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia


Selain itu, penanda aras ketiga ialah memastikan Peratusan pendapatan buruh mencapai 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan; Keempat: Kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60%; Kelima: Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia. Keenam: Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia; dan Ketujuh: Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai 3% atau lebih rendah.





0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page