top of page

Ekonomi bermasalah kerana Malaysia ditadbir kerajaan tiada keabsahan?


Penurunan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 6% ke 4.5% yang diunjurkan oleh Bank Dunia baru-baru ini kemungkinan besar berakibat langsung daripada status kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak absah dan kurang diiktiraf dunia.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berpendapat, ketiadaan keabsahan itu telah mengurangkan keyakinan pelabur kerana kerajaan PN didapati enggan membuka Parlimen dan meluluskan undang-undang baharu yang sesuai dengan situasi Covid 19 semasa.


"Bank Dunia mungkin melihat Malaysia diperintah kerajaan yang tidak punyai mandat yang betul untuk mengurus-tadbir


"Dulu kita lihat Iraq dan (rejim tentera) Timur Tengah mempunyai masalah seperti ini, sekarang Malaysia menghadapi keadaan sama


"Kerajaan Malaysia lemah nak bentang undang-undang baru, tak berani buka Parlimen. Jadi pelabur pun tak berani masuk (dan ekonomi jatuh)," katanya.


Oleh itu, menurut Azan, negara harus diselamatkan daripada ketidaktentuan pelan melawan Covid 19 kerajaan PN dan ekonomi yang merudum.


Katanya, Bank Dunia telah menyatakan dengan jelas kelemahan Malaysia menangani Covid menyebabkan kegagalan membuka semula ekonomi, mengakibatkan unjuran pertumbuhan KDNK merosot.


"Tidak dapat disangkal walaupun PN guna kuasa darurat namun tetap gagal. Program vaksinasi pula lembab


"Kalau kerajaan masih tak melakukan perubahan maka masa depan Malaysia terumbang-ambing. Kita tak boleh menunggu lagi. Kita harus bertindak sebelum kedudukan ekonomi Malaysia bertambah buruk," katanya lagi.


Baru-baru ini, Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbhan KDNK Malaysia ke paras di bawah 5%, menyalahi ramalan Bank Negara Malaysia yang menjangkakan pertumbuhan KDNK 2021 sehingga 7%, tertinggi dalam sedekad.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page