top of page

Ekonomi berasaskan pengetahuan dirangka Rafizi selesaikan masalah kos hidup



Ekonomi bidang baharu mampu tingkatkan gaji, upah


Ekonomi bidang baharu yang sedang dikembangkan Kerajaan Madani ketika ini merupakan penstrukturan semula ekonomi berasaskan Revolusi Industri (IR) 4.0.


Bidang baharu yang ditumpukan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli seperti tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan pekerjaan berasaskan bakat (talent) dengan syarikat pemula (start up) dan sektor ekonomi gig akan meletakkan Malaysia di atas landasan tepat pembangunan masa hadapan.


Selain itu, dasar baharu yang dibawa oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melalui Dasar Gaji Progresif yang bakal dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada bulan Ogos ini akan memberi jawapan tuntas kepada masalah upah rakyat.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dasar ekonomi bidang baharu dan Dasar Gaji Progresif dalam sektor tenaga kerja akan memastikan golongan pekerja terutamanya kelas bawah akan lebih terbela selepas ini.


"Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di landasan yang betul apabila kementeriannya sedang dalam usaha merangka dasar untuk mempastikan kenaikan gaji para pekerja Malaysia secara progresif, selaras dengan kenaikan kos sara hidup.


"Ini satu pendekatan yang tepat dalam menangani kos sara hidup," katanya.


Kelmarin Rafizi berkata, Kerajaan akan memberikan fokus untuk membangunkan Dasar Gaji Progresif bertujuan memastikan pertumbuhan gaji yang lebih sekata dan inklusif, mendorong kepada gaji dan pendapatan yang lebih baik kepada semua pekerja.


Beliau juga menegaskan kerajaan fokus untuk menurunkan harga bahan makanan dengan mewujudkan lebih banyak usahawan tani di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)


Projek terbaharu INTAN melibatkan 1,000 ekar pertama dan akan dilaksanakan pada bulan Julai 2023.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page