top of page

Hj Hadi disiasat atas tuduhan fitnah Anwar Ejen Israel



Tuduhan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel yang didakwa oleh Presiden Pas, Hj Hadi Awang akan disiasat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


Bukit Aman dalam satu kenyataan petang tadi berkata pihaknya telah menerima laporan polis berkenaan isu tersebut dan akan membuka kertas siasatan.


"Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.


"Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin.


Dalam perkembangan berkaitan, PM Anwar juga telah mengarahkan pihak polis agar bertindak ke atas sebarang unsur yang menggugat ketenteraman awam dan fitnah politik yang berleluasa sejak kempen Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page