Edar Jalur Gemilang semarak patriotisme masyarakat Simpang Renggam
- Suara Keadilan
- 8 minutes ago
- 1 min read

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Md Ysahrudin Kusni, meluangkan masa bersama pimpinan peringkat cabang mengedarkan Jalur Gemilang kepada masyarakat di Pasar Jumaat Simpang Renggam, kelmarin.
Menurut Md Ysahrudin, pengedaran bendera ini bukan sekadar simbolik tetapi sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta terhadap tanah air.
"Semoga kemerdekaan kali ini memberikan semangat menuntut kita semua untuk terus berjiwa berakhlak mahmudah dan bertangungjawab bagi memastikan Malaysia terus kekal aman stabil bertoleransi dan harmoni," katanya dalam kenyataan.
Program itu turut disertai Timbalan Ketua Cabang, Ketua Wanita, Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Simpang Renggam serta wakil Jawatankuasa DAP Simpang Renggam.
Md Ysahrudin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bersama menjayakan program itu.