top of page

ECRL: Mengapa kembalikan jajaran lama, tingkatkan kos pembinaan?



Cadangan kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN) untuk mengkaji semula jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditentang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagi Presiden KEADILAN itu, jajaran yang dirundingkan semula pada era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) telah berjaya mengurangkan kos pembinaan sekitar RM 21.5 bilion.


Oleh itu, katanya, Kerajaan PN perlu menjelaskan mengapakah jajaran lama atau lebih dikenali sebagai 'Jajaran BN' mahu dikembalikan.


"Saya tidak faham mengapa kerajaan memilih untuk kembali kepada kos asal yang jauh lebih tinggi. Apa kepentingan, siapa wakil, siapa kutip komisen? Siapa yang ada kepentingan di situ?


"Perundingan (sebelum ini) untuk mengurangkan kos sebanyak mungkin dan memberi manfaat kepada seramai mungkin. Sebab itu jajaran itu masuk ke Negeri Sembilan (NS). Jajaran NS penting kerana memberi ruang ke Port Dickson, Melaka dan meningkatkan mutu pembangunan negeri.


"Saya rasa aneh setelah rundingan itu dibuat dan ada cadangan dikembalikan ke asal. Padahal saya pernah bincang dengan rakan-rakan di China dan di sini. Mereka terima kenyataan kos boleh diturunkan secara substantif," katanya kepada media.


Menurut Anwar, beliau hanya bersetuju sekiranya jajaran dikaji semula atas alasan mahu menjimatkan lebih banyak kos. Kerajaan lalu telah mengugurkan stesen Bentong dan Gombak kerana melibatkan kos melampau dalam pembinaan terowong sepanjang 17.8km merentasi Ridge Quartz Klang Gates, rabung kuarza tulen terpanjang di dunia serta memusnahkan alam sekitar.


"Jika mereka mahu runding semula untuk kurang kos saya setuju. Tetapi jika kembali meningkatkan kos, itu suatu yang tidak munasabah. Kita akan gunakan sidang Parlimen mendesak kerajaan beri penjelasan. Kita menentang usaha untuk mengambil kekayaan (projek diberi kepada kroni) yang saya anggap satu bentuk rompakan," kata Anwar lagi.


Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail mencadangkan untuk mengembalikan jajaran asal melibatkan Bentong dan Gombak dalam projek ECRL biar pun ditentang oleh beberapa Ahli Parlimen PN sendiri.


Kos landasan menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor itu asalnya setinggi RM65.5 bilion. Pada era PH kosnya dikurangkan kepada hanya RM44 bilion.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page