top of page

ECRL: Jajaran BN tingkat kos, musnah alam sekitar - Syed Ibrahim



Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dicadangkan oleh menteri kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional untuk kembali ke laluan asal dikhuatiri akan membazirkan puluhan bilion ringgit wang rakyat selepas berjaya dijimatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.


Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, 'Jajaran BN' tersebut akan menghakis penjimatan kos sebanyak RM 21.5 bilion yang berjaya diperolehi dalam rundingan semula bersama pihak kontraktor dan kerajaan China sebelum ini.


"Meskipun ada yang berkata pengurangan kos kerana perubahan spesifikasi dan pemendekan landasan, namun pada asasnya jumlah penjimatan sebanyak RM21.5 bilion boleh dimanfaatkan untuk projek infrastruktur pengangkutan lain atau dalam sektor ekonomi terjejas teruk akibat wabak Covid-19.


"Justeru, soal utama ialah isu penambahan kos yang sangat tinggi sekiranya Jajaran BN dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut penganalisis CGS-CIMB, penjajaran semula Seksyen C daripada skop semasa Putrajaya-Pelabuhan Klang kepada skop asal Gombak-Pelabuhan Klang akan meningkatkan kos sebanyak sekurang-kurangnya RM5 bilion daripada kos penuh ECRL semasa RM44 bilion.


Malah menurut mereka lagi, jika diukur nilai potensi tambahan kerja berdasarkan julat RM5 bilion, RM8 bilion dan RM20 bilion, maka kos penuh semasa ECRL sebanyak RM44 bilion boleh membengkak sebanyak 11.4% kepada RM49 biion (minimum), 18.2% kepada RM52 bilion atau sehingga 46% kepada RM64 bilion.


Soal kedua pula, kata Syed Ibrahim, adalah kelemahan projek asal yang melibatkan kurang 40% penyertaan kontraktor tempatan.


"Dengan Jajaran BN yang melibatkan pembinaan terowong merentasi Banjaran Titiwangsa, dikhuatiri manfaat besar diperolehi oleh kontraktor turnkey China Communications Construction Co Ltd (CCCC) yang melaksanakan sebahagian besar kerja-kerja pembinaan terowong projek mega itu.


"Sedangkan penglibatan kontraktor tempatan berjaya ditambah ketika rundingan semula dilakukan," katanya yang juga Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Teknologi Digital, Telekomunikasi dan Pengangkutan.


Manakala soal ketiga, menurut Syed Ibrahim, merupakan faktor kemusnahan alam sekitar yang teruk. Katanya, jika Jajaran BN dikembalikan maka Klang Gate Quartz Ridge yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai khazanah alam semula jadi dunia akan musnah.


"Saya percaya, kerajaan PH di bawah Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengambil kira pelbagai faktor dalam merunding semula jajaran projek ECRL dan oleh itu ia tidak wajar diubah. InsyaAllah saya akan bawa isu ini ke sidang parlimen yang akan datang.


"Projek berskala besar seperti ECRL ini seharusnya dilaksanakan dengan menilai segenap faktor dan menjadikan pembangunan negara dan rakyat sebagai kiblat utama, tanpa mengenepikan faktor alam sekitar," katanya.


Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail memohon untuk mengembalikan jajaran asal melibatkan Bentong dan Gombak dalam projek ECRL tersebut.


Sewaktu pentadbiran PH, stesen Bentong dan Gombak digugurkan kerana melibatkan kos melampau dalam pembinaan terowong sepanjang 17.8km melalui Ridge Quartz Klang Gates, khazanah alam semulajadi rabung kuarza tulen terpanjang di dunia.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page