top of page

Duta Besar ke Indonesia: Masalahnya bukan Jokowi setuju tetapi mengapa Tajuddin dipilih?



Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia terus menjadi pertikaian.


Terbaharu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin meminta Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan telus mengapa Tajudin dipilih untuk jawatan yang memerlukan pengalaman diplomatik yang luas itu.


"Selepas mengetahui Datuk Tajuddin akan mewakili Malaysia sebagai Duta Besar ke Indonesia, rakyat Malaysia mahukan penjelasan daripada Perdana Menteri mengapa Tajudin dipilih.


"Di Malaysia, pelantikan duta melalui proses yang berwibawa dan sewajarnya. Pertama, Wisma Putra akan melalui pelbagai jawatankuasa untuk mencari calon yang sesuai. Menteri Luar kemudiannya akan mencadangkan calon kepada Kabinet untuk diluluskan.


"Perdana Menteri akan menyerahkan nama tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Selepas persetujuan Agong, Malaysia kemudiannya akan menyerahkan nama itu kepada negara tuan rumah untuk diterima. Sistem ini memberi perkhidmatan yang baik kepada Malaysia dalam kebanyakan kes.


"(Dalam hal ini) Datuk Tajuddin jelas lantikan politik. Dari segi lantikan politik, masalah berhenti kepada Perdana Menteri. Keputusan muktamad dibuat oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri memutuskan calon dan dia akan menyerahkan nama itu kepada Agong untuk diperkenankan. Agong berada di atas politik," kata Sim.


Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Hal Ehwal Antarabangsa itu jelas tidak berpuas hati dengan alasan PM Ismail semalam bahawa Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah bersetuju dengan lantikan berkenaan.


Katanya, Tajudin bukan melapor kepada Jokowi selepas diangkat sebagai duta besar tetapi kepada PM Ismail. Tegasnya, sebarang kelemahan duta besar akan dipikul oleh Ismail bukan presiden Indonesia.


"Negara tuan rumah akan, sebagai satu tradisi dan budi bahasa, menerima penama yang dicadangkan oleh Kerajaan Malaysia. Oleh itu, dalam hal ini Indonesia akan menerima mana-mana calon yang dicadangkan


"(Oleh itu) Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua keputusan beliau. Dalam soal akauntabiliti, beliau harus menjelaskan kepada umum sebab-sebab beliau memilih Datuk Tajuddin. Hanya dia yang tahu kenapa.


"Saya benar-benar kecewa dengan jawapan Perdana Menteri. Masalahnya berhenti dengan anda!" katanya lagi.


Semalam, PM Ismail berkata beliau difahamkan Tajuddin telah mendapat surat daripada Presiden Indonesia yang bersetuju dengan pelantikan sebagai duta besar.


“Kita telah setuju lantik (Tajuddin sebagai duta) dan Indonesia juga setuju," katanya.


Ismail juga berkata Tajuddin seorang ahli politik veteran dan berpengalaman namun tidak pula menjelaskan apakah calon pilihan beliau itu mempunyai pengalaman diplomatik dan hubungan antarabangsa.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page