top of page

Duta Besar bertemu pemimpin tentera Myanmar: Malaysia iktiraf kerajaan kudeta?



Pertemuan Duta Besar Malaysia dengan Menteri Elektrik dan Tenaga Myanmar, Aung Than Oo pada 7 April lalu di pusat pentadbiran Naypyidaw menimbulkan banyak persoalan.


Menurut Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH), isu besar yang melingkari pertemuan itu terkait pendirian rasmi Malaysia terhadap kerajaan junta tentera Myanmar yang merampas kuasa pada Februari lalu.


"Majlis Setiausaha membaca laporan media berkenaan pertemuan Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Datuk Zahairi Baharim bersama Menteri Elektrik dan Tenaga Myanmar, Aung Than Oo di Naypyidaw.


"Pertemuan ini menimbulkan beberapa persoalan berkenaan pendirian Malaysia terhadap junta Myanmar.


"Sedangkan, umum sedia maklum kerajaan yang dipilih rakyat Myanmar secara sah telah diguling pihak tentera atau Tatmadaw dalam satu kudeta pada 1 Februari 2021 (dan melumpuhkan demokrasi di negara itu)," kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurut Majlis Setiausaha PH lagi, pertemuan itu dilihat tidak wajar memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini tidak menyokong rampasan kuasa, malah meminta junta membebaskan ke semua tahanan politik


Oleh itu, kata mereka, adalah tidak wajar Duta Besar Malaysia bertindak bertentangan dengan polisi rasmi negara.


"Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah menggesa tahanan politik termasuk Aung San Suu Kyi dibebaskan segera. Beliau juga telah menggesa agar satu sidang tergempar ASEAN diadakan untuk membincangkan keadaan di Myanmar selepas kudeta Tatmadaw pada 1 Februari. Namun permintaan-permintaan ini belum dilaksana atau tercapai.


"Pertemuan Duta Besar Malaysia dengan junta Myanmar tatkala pendirian Malaysia dalam isu tahanan politik dan sidang tergempar ASEAN tidak berubah, menimbulkan persepsi Malaysia mengiktiraf kerajaan tersebut. Ini tidak membantu usaha mengembalikan demokrasi di

Myanmar.


"Oleh itu, kami mendesak Menteri Luar Negeri agar segera memberi penjelasan," kata mereka.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (KEADILAN), Khalid Samad (Amanah) dan Liew Chin Tong (DAP).


Pertemuan duta Malaysia yang diragui tujuannya itu menambah rumit polisi luar negara selepas minggu lalu Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengungkapkan perkataan 'Abang Besar' kepada Menteri Luar China dan dianggap sebagai kesilapan diplomatik yang serius serta dikritik keras rakyat Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page