
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tiram terus mengagihkan bantuan bakul makanan kepada rakyat memerlukan di tengah-tengah kesukaran hidup dibelit pandemik Covid 19.
Sehubungan itu, menurut ADUN Tiram, S Gopalakrishnan, Pegawai Khas Pusat Khidmat, saudara Zahidi meneruskan kerja-kerja amal di kampung nelayan Tanjung Langsat, baru-baru ini.
"Kami menghulurkan sumbangan kewangan kepada seorang nelayan untuk membaiki jeti susulan ketika lawatan saya sebelum ini menyaksikan sendiri terdapat banyak kerosakan jambatan di sana. Semoga dengan sumbangan ini dapatlah membantu kos baik pulih jeti itu.
"Seterusnya saudara Zahidi mewakili saya melawat beberapa keluarga yang memerlukan bantuan dengan mengagihkan sumbangan bakul makanan dari Pusat Khidmat kami," katanya yang juga Naib Pengerusi MPN KEADILAN Johor.
Comments