top of page

DUN Kedah progresif pinda umur perkahwinan atas 18 tahun - Fadhlina Sidek



Pindaan had umur perkahwinan di atas 18 tahun yang dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah disifatkan oleh Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek sebagai langkah progresif.


Menurut beliau, pindaan Rang Undang-undang Enakmen Keluarga Islam berkaitan had umur perkahwinan itu amat perlu memandangkan umur bawah 18 tahun seseorang kanak kanak masih dianggap perlu melengkapkan diri dengan menimba ilmu dan belum layak sepenuhnya masuk ke alam rumahtangga.


"Pindaan tersebut yang melibatkan pindaan menetapkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam dinaikkan daripada 16 tahun ke 18 tahun adalah pindaan yang cukup progresif dalam usaha menangani isu-isu keganasan berasakan gender dan perlindungan terhadap kanak-kanak.


"Dengan pindaan ini, DUN Kedah merupakan negeri kedua yang telah membuat pindaan berkaitan had umur perkahwinan kepada 18 tahun selepas DUN Selangor melakukan pindaan ini buat julung kalinya.


"Dalam masa sama, saya ingin mengingatkan bahawa Garis Panduan Menangani Perkahwinan Bawah Umur yang merupakan polisi penting kementerian telah diwujudkan semasa kepimpinan Pakatan Harapan di KPWKM di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya.


Sehubungan itu, Fadhlina berharap pindaan juga akan dilakukan di negeri negeri lain, khususnya di negeri ditadbir Pakatan Harapan bagi mengelakkan keganasan dalam kalangan kanak kanak.


"Saya dan pimpinan Wanita KEADILAN akan terus bekerja keras untuk memastikan pindaan yang sama dibuat di negeri-negeri lain khsususnya di negeri yang dipimpin oleh PH bagi merealisasikan agenda perlindungan terhadap kanak-kanak.


"Kesedaran menangani keganasan berasaskan gender menjadi keutamaan kami dalam membina ekosistem selamat untuk masyarakat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page