top of page

DUN Gurun anjur Karnival Jualan Rahmah, 7 Mei



Penduduk DUN Gurun, Kedah berpeluang membeli barang keperluan harian dengan harga lebih rendah daripada pasaran pada program Karnival Jualan Rahmah, 7 Mei ini.


Menurut Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar, bertopi), karnival itu diadakan bagi memberi kelegaan kepada masyarakat di tengah tengah peningkatan kos hidup.


Katanya, dengan inisiatif Kerajaan Perpaduan itu diharapkan penduduk DUN Gurun tidak melepaskan peluang ke tapak pasar pagi pekan Jeniang, Gurun pada Ahad ini.


"Saya Firdaus Johari dari Pusat Khidmat Rakyat DUN Gurun, pada 7 Mei ini Pusat Khidmat dengan kerjasama KPDN kedah akan menganjurkan Karnival Jualan Rahmah bertempat di tapak pasar pagi pekan Jeniang, Gurun," kata Firdaus dalam siaran media sosial TikTok.


Sebelum ini pada 2 Mei, Firdaus telah bermesyuarat bersama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah, Affendi Rajini Kanth membincangkan penganjuran karnival berkenaan.


Mesyuarat itu juga mengundang pihak pembekal barangan yang akan mengambil bahagian.


Dalam pada itu, pada pagi tadi khemah karnival mula dipasang di tapak pasar pagi Jeniang.


Penduduk sekitar dialu alukan datang awal pada Ahad ini untuk mendapatkan kesemua 15 item barangan yang dijual dengan harga subsidi.


Karnival berkenaan akan diadakan mulai pukul 9.30 pagi sehingga 2.30 petang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page