top of page

Dulu Pas tolak assabiyah, sekarang agama bermula dengan kaum?



Perjuangan Pas telah jauh menyeleweng dengan pelbagai pendapat baharu direka bagi membenarkan ijtihad politik yang pada suatu ketika dianggap kurang iman apabila dilakukan oleh parti musuh.


Menurut Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, ketika beliau berjuang di dalam Pas dahulu parti berkenaan amat konsisten menolak politik asabiyah, perjuangan berasaskan kaum, nasionalisme atau sebagainya.


Namun kini, pendapat terbaharu Presiden Pas, Hj Hadi Awang setelah menandatangani proklamasi Melayu bersama Tun Mahathir berputar 180 darjah membenarkan pula agama diperjuangkan secara perkauman.


"Sekarang lain pulak. Bila pi jumpa Dr Mahathir dia kata 'perjuangan Islam bermula daripada kaum'. Ayat lain pulak keluar


"(Dulu perjuangan Pas) menegakkan akidah, bukan berdasarkan kaum. Nabi sendiri melawan bapa saudaranya satu kaum, menegakkan kebenaran, kerana Islam itu bukan ditegakkan atas kaum.


"Sekarang Presiden Pas kata kita bermula daripada kaum. Jangan bimbang orang ini (mudah) berubah. Dua tahun lagi (dia mungkin kata) 'DAP sahabat kite'


"Jadi Presiden Pas ini kita tak tahu esok dia nak kata apa. Tetapi pengikut dia fanatik. Kalaulah dia kata sekarang hujan (sedangkan tidak hujan), pengikut dia akan kata hujan. Tok Guru nampak, kita tak nampak. Begitulah sikap yang ditanam," sinis Mat Sabu dalam Ceramah Jelajah Madani Kedah 2023, peringkat DUN N.33 Merbau Pulas, malam tadi.


Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi, selama puluhan tahun dalam Pas beliau telah mengikut 'buta' fatwa yang menyifatkan Umno sebagai golongan lemah iman atau bukan penganut Islam sebenar.


Namun selepas puluhan tahun itu, katanya, pemimpin Pas pula tidak segan silu berkawan dengan Umno pada 2020 - 2022 lalu dalam Muafakat Nasional.


"Kami diasuh dalam bentuk akidah, lawan Umno itu akidah. Kami diminta hafal ayat ayat Quran, Umno bukan daripada Islam. Sampai peringkat itu.


"Bukan golongan Nabi yang berjuang atas semangat assabiayah, nasionalisme dan sebagainya.


"Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada Pas kerana satu ketika dulu mereka bersama (berkawan) Umno atas MN. Mursyidul Am Pas pula kata Pas bersama Umno adalah anugerah Allah.


"Ertinya selama ini ustaz ni membohong kita. Rupanya lawan Umno ini bukan akidah tetapi politik," kata Mat Sabu lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page