top of page

'Dulu Malaysia dibanding dengan Korea, Jepun, sekarang hanya dengan Vietnam, kemboja'



Malaysia pernah menjadi satu kekuatan ekonomi yang digeruni di rantau Asia pada dekad 1990an ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.


Namun hal itu tidak dapat diteruskan kerana majoriti rakyat tidak mahu memerangi korupsi serta bergabung bersama perjuangan reformasi.


Menurut Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, tempoh rakyat mencuba meneruskan pemerintahan dalam budaya kerosakan itu telah pun berakhir dan kini terbukti Malaysia terjerumus ke jurang penderitaan


Amat penting, katanya, rakyat berubah dalam Pilihan Raya Umum ke 15 bagi memastikan Malaysia tidak terperosok lebih dalam sebagai negara lemah yang hanya dilayak dibandingkan dengan Vietnam, Filipina atau Kemboja.


"Orang muda kita telah meninggalkan negara ke United Kingdom atau Amerika Syarikat untuk kerja. Ada pergi ke Dubai, ada ke Singapura.


"Sekarang ramai tertekan dan tertipu pergi ke Kemboja untuk kerja (tetapi diperdaya sindiket). Keadaan sekarang menyebabkan ramai berhijrah. Sebab pentadbiran negara, pemimpinnya korup, tidak kompeten dan akhirnya negara kita merudum.


"Oleh itu, PRU dalam masa terdekat ini kita perlu bina semula negara kita. Kita boleh buat lebih baik. Negara ini sangat bertuah malangnya pemimpin menyebabkan negara kita rosak. Itu sebab PRU ini bukan menentukan siapa jadi YB tetapi kita mahu ubah sistem negara yang korup


"Kita perlu tunjukkan negara kita berjaya. Sekarang orang banding kita dengan Indonesia, Vietnam, Kemboja, malu. Dulu orang bandingkan Malaysia dengan Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Sekarang standard kita sudah jatuh, nampak Indonesia pun lebih maju daripada Malaysia.


"PRU ini kita mesti membuat pemilihan yang betul," katanya dalam ceramah di Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam tadi.


Sebelum itu, beliau membangkitkan harga makanan yang melambung sehingga keluarga B40 sukar untuk membeli keperluan harian.


Menurut Sim, beliau bertemu penjual ikan yang terpaksa memberi percuma ikan untuk pelanggan yang tidak mampu membeli cukup bekalan untuk keluarga, dan hal itu tidak berlaku sebelum ini.


"Hari ini saya turun ke pasar, pergi gerai ikan. Penjual ikan saya tanya keadaan sekarang. Dia kata tak pernah jumpa keadaan macam ini. Ada orang yang dulu datang beli ikan untuk satu keluarga dia beli 5 ekor.


Tetapi kerana kenaikan harga barang, dia kira tak cukup duit, dia beli 3 ekor ikan. Penjual kesian, dia beri 2 ekor percuma. Ini keadaan yang berlaku.


"Jumpa penjual telur. Ini protein paling murah untuk B40. Sekarang telur tak cukup kerana orang tak mampu beli ayam, ikan, mereka (berebut) beli telur.


"Telur 40 sen sebiji. Putus bekalan. Mydin kata mereka dapat 40% bekalan sahaja. Ini keadaan di Malaysia.


"Ini adalah kegagalan Perdana Menteri juga BN - PN. Bukan sahaja sekarang. Sejak 20 tahun lalu kita tengok keadaan ekonomi merudum, pendidikan tak bermaya, pekerja keluar universiti tidak dapat pekerjaan atau pendapatan yang memuaskan," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page