top of page

'Dulu kata Mahiaddin gagal tadbir negara, sekarang lantik pulihkan negara'



Pelantikan bekas Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negar (MPN) oleh kerajaan pimpinan Umno-BN seolah-olah memperbodohkan rakyat Malaysia.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, tidak sampai sebulan pemimpin Umno pusat seperti Zahid Hamidi dan Najib Razak berhujah Mahiaddin gagal mentadbir negara dan menjatuhkan beliau, hari ini parti yang sama yakin dan percaya pula terhadap prestasi bekas PM itu untuk memulihkan negara.


"Bukankah (sebelum ini) siang malam Najib Razak terpekik di media sosial tegaskan kegagalan Mahiaddin?


"Tak cukup dengan itu, 15 orang Ahli Parlimen Umno bersungguh-sungguh menarik sokongan hingga tercabut jawatan Perdana Menteri daripada sosok Mahiaddin atas alasan gagal.


"Dakwa mereka Mahiaddin gagal kawal Covid-19, ramai rakyat mati, ekonomi merudum, pendidikan tak terurus. Gagal serba serbi.


"Namun Mahiaddin kembali semula hari ini (sebagai Pengerusi MPN)," kata Faezuddin sinis.


Menurut Ketua AMK Pulai itu lagi, jika Umno benar-benar mahu memulihkan negara, tidak terfikirkah mereka orang yang telah gagal melakukan hal yang sama pasti akan gagal lagi dalam tugasnya?


Kata beliau, amat tidak wajar dan membazirkan dana negara melantik Mahiaddin ke jawatan bertaraf menteri, apatah lagi bekas PM itu bukanlah profesional yang memiliki kepakaran tertentu.


"Kalau Umno jatuhkan Mahiaddin kerana gagal pulihkan negara, mengapa Umno lantik semula Mahiaddin sebagai orang yang bertanggungjawab pulihkan negara?


"Itu satu hal, satu hal lagi, mengapa perlu bazir wang dengan pelantikan ini?


"Apakah PM Ismail Sabri sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara tak berkeupayaan pulihkan negara sehingga perlu lantik pemimpin yang dijatuhkan dan didakwa gagal oleh partinya?" soal beliau lagi.


Kelmarin, PM Ismail Sabri melantik Mahiaddin sebagai Pengerusi MPN yang menimbulkan spekulasi berkemungkinan berlaku pergolakan dahsyat dalam kerajaan Perikatan Nasional 2.0, sehingga Presiden Bersatu itu perlu diberi jawatan tinggi bagi mengelakkan Ismail dijatuhkan oleh paksi Bersatu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page