top of page

Dua tahun sudah berlalu, mana keadilan buat Allahyarham Prebet Faiz Harun?



Kematian Allahyarham Prebet Muhammad Faiz Harun pada Mac 2020 menjadi detik hitam dalam sejarah ketenteraan negara apabila seorang anggota yang bertugas di Sabah disyaki dibuli oleh anggota tentera lain sehingga meninggal dunia.


Allahyarham yang ketika itu berusia 26 tahun dan mempunyai seorang isteri serta anak berusia 4 bulan telah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu setelah mengalami pelbagai kecederaan, antaranya bengkak pada bahagian otak, tidak sedarkan diri dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Mac 2020.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, bapa mangsa telah menemui beliau untuk membangkitkan hal berkenaan di Parlimen berhubung perbicaraan menuntut keadilan ke atas kematian anaknya.


Datuk Johari ketika membangkitkan hal berkenaan dalam Kamar Khas Parlimen

"Pada 11 Ogos 2020, saya selaku Ahli Parlimen Sungai Petani dalam satu Persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat telah membangkitkan isu ini kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjawat Menteri Pertahanan pada ketika itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut.


"Menurut jawapan dari Ismail Sabri, 6 orang anggota tentera terlibat dalam kejadian tersebut dan mereka telah dikenakan tindakan, iaitu diberhentikan kerja pada 4 Mei 2020 dan ditahan sementara menunggu tarikh perbicaraan.


"Kesemua tertuduh telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Marudu dan dituduh di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Namun pada ketika itu, Menteri hanya mengatakan suspek telah ditahan namun tarikh perbicaraan belum diputuskan.


"Setelah dua tahun berlalu, apakah kesudahan kes ini?" tanyanya.


Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Keselamatan Parlimen Malaysia mahu tahu apakah perkembangan terkini kes berkenaan yang tidak dilaporkan oleh media, seolah olah telah dilupakan sama sekali.


Kematian Allahyarham Mohd Faiz perlu mendapat pembelaan

Katanya, bapa mangsa, Harun dan ahli keluarganya sehingga kini masih menunggu pembelaan dan keadilan yang sewajarnya bagi pihak Allahyarham Mohd Faiz.


"Menurut jawapan terakhir daripada Menteri yang dimaklumkan kepada saya ketika Persidangan Kamar Khas tersebut, mereka yang terlibat diberhentikan perkhidmatan dan dituduh tetapi belum dibicarakan.


"Persoalan utama yang saya timbulkan ialah sejauh manakah status siasatan terhadap kes ini?" tanyanya lagi.


Sehubungan itu, Johari mahu kerajaan menjawab segera berhubung kes perbicaraan melibatkan kematian prebet Mohd Faiz atau sebarang usaha yang dibuat bagi menyegerakan perbicaraan tersebut.


"Saya mendesak dilakukan tindakan segera bagi merungkai kes Allahyarham Prebet Muhammad Faiz ini agar mendapat pembelaan dan tindakan yang sewajarnya.


"Saya juga mahukan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjaga serta memastikan kebajikan anggota keluarga mangsa diberikan perhatian yang sepatutnya," kata Johari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page