top of page

Dua Sekolah Orang Asli di Gua Musang naik taraf K11

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
6 hours ago
1 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan anak-anak Orang Asli mendapat akses dan jaminan pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah.


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek (gambar) berkata, susulan itu dua Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9), iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai dan SK Sri Permai, di Gua Musang dinaik taraf kepada Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11).


Menurutnya, penaiktaraf itu langkah penting bagi memastikan pelajar Orang Asli menerima peluang pendidikan sehingga ke tingkatan lima sekaligus memastikan mereka tidak terus tercicir.


"Di Gua Musang ini, setakat hari ini kita akan ada dua sekolah anak Orang Asli yang telah pun dinaik taraf daripada K9 ke K11. Maknanya, kalau K9 setakat tingkatan tiga, K11 sampai tingkatan lima. Jadi, anak-anak ini semua akan dapat akses dan jaminan pendidikan sehingga sekolah menengah di Gua Musang sendiri," katanya dipetik lapran media.

Beliau ditemui selepas menghadiri Program Tindak Susul Parlimen Siri 3 Tahun 2026 di SK Gua Musang semalam.


Fadhlina sementara itu berkata, pembangunan pendidikan untuk anak-anak Orang Asli juga perlu diperkukuh, khususnya dari sudut sokongan melibatkan guru, ibu bapa dan pihak berkepentingan lain.


Selain itu, sokongan kepada sekolah turut diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk bantuan sekolah dan sokongan untuk kegiatan guru, yang diharapkan dapat membantu sekolah terus mencipta kecemerlangan.


Menurut Fadhlina, Program Tindak Susul Parlimen bermula dari Kuala Lipis, Pahang hingga ke Gua Musang dengan antara tumpuannya ialah memastikan persiapan guru dalam aspek latihan pedagogi, pembinaan komuniti dan pedagogi rimba.


"Saya singgah di IPG (Institut Pendidikan Guru) Tengku Ampuan Afzan untuk memastikan persiapan kami, khususnya latihan pedagogi dan pembinaan komuniti, yang kami sebut sebagai pedagogi rimba itu diperkukuhkan di peringkat latihan guru," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page