top of page

Dua pemimpin KEADILAN berganding bahu bantu mangsa banjir di Kedah

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Sep 4, 2021
  • 1 min read

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abd Hamid membuat kerjasama dengan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bagi membantu mangsa banjir di Kedah hari ini.


Johari berkata, gandingan dua pemimpin itu adalah hasil kerjasama Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Gurun dan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani.


"Lawatan dibuat ke beberapa lokasi yang terjejas teruk dalam kejadian banjir ekoran berlakunya fenomena 'Kepala Air' di Yan Kedah pada 18 Ogos 2021 lalu.

"Pelbagai barangan keperluan asas dan makanan telah disumbangkan untuk di salurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Merbok, Gurun dan Yan.


"Ribuan terima kasih kepada Datuk Abdullah Sani Abd Hamid dan pasukannya yang telah sudi bersama-sama turun padang bagi turut membantu dan menghulurkan bantuan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page