top of page

Dr Zaliha terima Anugerah Kepimpinan Sektor Kerajaan di Brunei

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, menerima Anugerah Kepimpinan bagi Sektor Kerajaan (Individu) 2025 sempena Majlis Anugerah Tadbir Urus Baik Global ke-10 (Anugerah 3G) yang berlangsung di Brunei pada Selasa.


Dalam kenyataan rasmi, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) memaklumkan bahawa anugerah berprestij itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan Dr Zaliha dalam memperkukuh amalan tadbir urus yang beretika, inklusif dan berpaksikan rakyat di Wilayah Persekutuan.


"Anugerah ini dinilai oleh Cambridge IFA dan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Datuk Seri Paduka Awang Mohd Riza Datuk Paduka Mohd Yunos, disaksikan Pengerusi Cambridge IFA, Prof Dr Humayon Dar," menurut kenyataan itu.


Anugerah 3G menilai pencapaian berdasarkan kriteria seperti impak, ketelusan, inovasi, dan tanggungjawab sosial. Ia bertujuan mengiktiraf individu serta organisasi yang memperjuangkan tadbir urus progresif dan beretika.


Sebanyak 19 penerima dari 15 negara menerima penghormatan pada majlis tersebut, yang menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka dari sektor kerajaan dan korporat, termasuk wakil dari Petronas Dagangan Berhad dan Kastam Dubai.


JWP turut menegaskan bahawa pengiktirafan antarabangsa ini mencerminkan komitmen Malaysia, khususnya Wilayah Persekutuan, dalam memacu reformasi tadbir urus sektor awam serta menyokong pembangunan bandar mampan sejajar dengan nilai Malaysia MADANI.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page