top of page

Dr Zaliha ketuai pasukan khas lindungi hak Melayu Kampung Baru

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 30
  • 1 min read
ree

Kerajaan MADANI terus komited menjamin kepentingan komuniti Melayu di Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru melalui pasukan petugas khas bagi melindungi kepentingan masyarakat Melayu tersebut.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) di Dewan Rakyat memaklumkan, beliau akan mengetuai sendiri pasukan tersebut susulan arahan Kabinet.


"Pasukan ini akan menyelaras rundingan antara pemaju, agensi kerajaan dan wakil komuniti tempatan, memastikan pembangunan semula kawasan bersejarah itu tidak menjejaskan hak serta warisan sosio-budaya Melayu," katanya dipetik pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2026 peringkat dasar pada Rabu.


Sementara itu tambah beliau, kerajaan turut melaksanakan empat intervensi utama bagi meningkatkan kadar pemilikan Bumiputera di kawasan berkenaan.


Ia membabitkan penglibatan aktif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti UDA Holdings dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dalam pembangunan semula di kawasan Melayu yang strategik.


"Kedua, penetapan rumah ganti untuk orang Melayu bagi memastikan kesinambungan sosio-budaya di kawasan bersejarah seperti Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.


"Ketiga, diversifikasi komponen pembangunan termasuk unit kondominium, SOHO, rumah kedai dan pejabat mampu milik Melayu bagi menambah kapasiti pemilikan warga bandar Melayu.


"Keempat, pemantauan pematuhan kuota Bumiputera atau Melayu di kawasan ini oleh DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) di bawah mekanisme laporan suku tahunan," jelasnya.


Sementara itu, sebagai menjawab kekeliruan pembangkang mengenai status kawasan itu, Zaliha menjelaskan bahawa Kampung Sungai Baru walaupun berdekatan bukanlah tanah di bawah Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) dan tidak pernah diwartakan sebagai rizab Melayu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page