Dr Zaliha hulur peruntukan naik taraf laluan sekolah Agama FELDA Medoi
- Suara Keadilan
- 13 minutes ago
- 1 min read

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustapa memperuntukkan RM25,000 bagi menaik taraf laluan utama sekolah Agama FELDA Medoi di Segamat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sikijang berkata, laluan asal terlalu sempit dan menyukarkan akses kecemasan termasuk trak bomba jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
"Alhamdulillah, semua kerja-kerja telah pun selesai dilaksanakan.
"Dengan kemudahan yang lebih baik, warga sekolah dapat bergerak dengan selesa dan akses kecemasan dapat dilaksanakan dengan pantas. Yang penting, keselamatan anak-anak kita terjaga," katanya menerusi hantaran Facebook.
Terdahulu, Dr Zaliha meninjau kerja penaiktarafan laluan tersebut.
Menurut beliau, kerja naik taraf ini melibatkan pelebaran pagar konkrit, pembinaan culvert baharu, pembinaan pagar keselamatan serta kerja menurap semula laluan masuk.





