top of page

Dr Zaliha dilantik Presiden Persekutuan Pengakap Wilayah Persekutuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 7, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa dilantik sebagai Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) bagi Wilayah Persekutuan (WP).


Pengisytiharan tersebut disempurnakan Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Prof. Datuk Dr. Mohd Zin Bidin pada Majlis Makan Malam Sambutan 40 Tahun Pengakap Kuala Lumpur yang berlangsung di IWK Eco Park @ Pantai Dalam pada Rabu.


PPM melalui satu kenyataan berkata, pada majlis itu juga, Dr Zaliha telah diberi Anugerah Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama (Emas), anugerah tertinggi PPM yang eksklusif diberikan kepada para pemimpin.


"Majlis yang bertemakan ‘Pengakap Mentransformasi, Kuala Lumpur Terus Makmur,’ ini bertujuan untuk menghargai sumbangan dan khidmat bakti para pemimpin pengakap khususnya di WP.


"Penganjuran program ini juga dianjurkan bagi mencapai persefahaman dan kesepakatan bersama rakan strategik bagi menjayakan pelan pembangunan PPM WP," kata kenyataan itu.


Majlis itu turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP, Datuk Zakran Abdul Manan serta kira-kira 300 pemimpin pengakap dan rakan strategik agensi kerajaan dan korporat


Seramai 85 orang pemimpin pengakap turut menerima Anugerah Manikayu Dua Butir ('2 bead') sebagai tanda telah melengkapkan latihan kepimpinan PPM, siri Latihan Kepimpinan Manikayu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page