top of page

Dr Zaliha akan bertemu PM tentu hala tuju Jabatan Wilayah Persekutuan



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya akan bertemu dengan Perdana Menteri bagi menentukan hala tuju portfolionya sama ada akan diubah kepada kementerian atau kekal sebagai sebuah jabatan seperti sekarang.


Beliau berkata sekiranya ia diubah kepada kementerian, maka fungsinya besar namun jika dikekalkan sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan, ia masih bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.


"Saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk tentukan hala tuju ke depan tetapi apa pun tanggungjawab itu kita tetap laksana sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.


Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Kamarulzaman Mat Salleh dan pegawai-pegawai kanan DBKL.


Terdahulu mengenai lawatan tersebut, Dr Zaliha berkata beliau telah diberikan taklimat mengenai organisasi DBKL serta Belanjawan 2024 bagi agensi itu.


Kata beliau fokus utamanya pada masa ini adalah berkaitan pengurusan ibu kota, sosioekonomi penduduk, masalah kemiskinan tegar dan kemiskinan serta peniaga kecil.


Jelas beliau bagi DBKL tugas pentingnya adalah memastikan program pembangunan fizikal, sosioekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan berjalan secara terancang selaras dengan dasar kerajaan Madani.


"Kita harap DBKL dapat jalankan tanggungjawab jauh lebih baik daripada apa yang ada, kerja dilaksanakan dengan penuh integriti dan peka kepada keperluan warga kota," katanya.


Selain itu jelas beliau memandangkan belanjawan DBKL menyaksikan perbelanjaan defisit maka penekanan harus diberikan kepada peningkatan hasil oleh agensi itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page