top of page

Dr Wan Azizah santuni, serah sumbangan kepada tiga warga emas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 2
  • 1 min read


DS Dr Wan Azizah menyerahkan sumbangan kepada warga emas
DS Dr Wan Azizah menyerahkan sumbangan kepada warga emas

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyantuni tiga warga emas menerusi Program Ziarah Kasih MADAN Parlimen Bandar Tun Razak.


Pada program itu, beliau menyampaikan sumbangan kewangan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), selain bantuan keperluan asas terutama untuk meringankan beban kos perubatan ditanggung mereka.

"Alhamdulillah, saya berkesempatan menziarahi tiga pesakit, pertama di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM).


"Puan Siti Fatimah telah lama sakit dan kini ditempatkan di wad kecemasan," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu dipetik laporan media.


Mengiringi Dr Wan Azizah pada program itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.


Selain menziarahi Siti Fatimah, Dr Wan Azizah turut menyantuni Abdul Aziz Abu Bakar, 61, dan bekas rakan setugasnya Md Zin Abu Kasim, 75, masing-masing di Taman Ikhlas dan Taman Mewah di Cheras.


Abdul Aziz dipetik laporan sama meluahkan rasa terharu atas kunjungan dan sumbangan yang disampaikan Dr Wan Azizah.


"Saya pesara, pencen bulanan yang saya terima hanya sekitar RM300. Dengan adanya sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan harian saya.


"Mereka juga kata akan mempertimbangkan bantuan susulan memandangkan ada anak-anak saya yang masih belajar," katanya yang mengalami kecederaan akibat kemalangan baru-baru ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page