top of page

Dr Wan Azizah santuni masyarakat Cina di Bandar Tun Razak

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 4, 2024
  • 1 min read

ree

Menjelang Tahun Baharu Cina yang jatuh pada minggu hadapan, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyantuni kelompok yang memerlukan di kawasan beliau.


Pagi tadi Dr Wan Azizah bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin memberi sumbangan wang tunai kepada masyarakat Cina di sana.


"Kita cuba menolong untuk meringankan beban mereka.

ree
Datuk Azman bersama DS Dr Wan Azizah

"Sumbangan diberi kepada keseluruhan yang memerlukan di Bandar Tun Razak. Namun ada kelompok yang memerlukan lebih. Kita ada banyak PPRT di Bandar Tun Razak ini.


"Jadi kita cuba cover semua. Kita tak mahu ada yang tertinggal. Mereka ini dipilih oleh pegawai kita yang ditugaskan turun padang (untuk mengenal pasti)," kata Dr Wan Azizah dalam sidang media selepas pemberian sumbangan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Selain membantu golongan memerlukan, kata Dr Wan Azizah, acara itu juga meraikan warga emas yang mungkin kesunyian atau keseorangan di kawasan perumahan berkenaan.


"Kita menyantuni mereka. Duduk di bandar ini kesunyian. Anak anak kerja, ada pasangan dah meninggal dunia. Ini satu caranya kita tangani. Kita tak nak mereka rasa tersisih.


"Hidup di bandar mungkin kita jarang kenal jiran. Kita lebih kenal sosial media," katanya lagi.


Dinyatakan sebanyak 1,100 penerima sumbangan wang tunai hari ini. Penerima juga dihiburkan dengan tarian naga dan pertunjungan kesenian.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page