top of page

Dr Wan Azizah disiasat semata mata kerana buku Tommy Thomas?



Siasatan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail petang tadi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dibuat berdasarkan tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mengaitkan nama mantan Timbalan Perdana Menteri itu dalam buku beliau.


Menurut Dr Wan Azizah, pengawai penyiasat mengarahkannya datang untuk memberi keterangan berkaitan buku itu dan ditanyakan 4 soalan.


"Saya dipanggil berdasarkan saya diminta menjawab soalan mengenai nama saya (dikaitkan dalam buku)


"Sekejap sahaja, 4 soalan. Dia (pegawai penyiasat) tanya apa yang pendapat Tommy Thomas. Itu pendapat dia," katanya ringkas kepada wartawan setelah diganggu beberapa kali pengumuman dari pembesar suara polis yang mengarahkan pihak media memastikan Prosedur Operasi Piawai (SOP) Covid 19 dipatuhi.


Sementara itu, peguam beliau yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menjelaskan soal siasat polis hanya berkisar kepada tulisan Tommy tentang Dr Wan Azizah dalam buku 'My Story; Justice in the wilderness'. Bagaimanapun beliau tidak memberi butir butir pertanyaan pihak polis.


Manakala Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak faham apakah tujuan sebenar siasatan tersebut dibuat.


Menurut Nurul, banyak individu dipanggil untuk diambil keterangan berdasarkan buku berkenaan namun adakah siasatan itu dilakukan mengikut keutamaan tugas polis?


"Walaupun YB William berkata siasatan berkaitan buku, kepada saya ini terang terangan intimidasi politik


"Saya melihat salah guna aset negara, iaitu pihak polis yang digunakan bagi menyiasat (hal politik) dan (sepatutnya) menyelesaikan masalah rakyat.


"Kepada Menteri Dalam Negeri tolonglah hentikan intimidasi," katanya.


Nurul menegaskan menteri yang bertanggungjawab harus melihat keutamaan tugas polis terhadap isu isu jenayah dan bukannya hal hal remeh lainnya.


"Tentunya kita hormati anggota polis. Mereka melakukan tugasan tetapi punca kuasa mereka yang mengeluarkan arahan haruslah mengambil tanggungjawab, lebih lebih lagi mengaitkan buku salah seorang bekas Peguam Negara," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page