top of page

Dr Wan Azizah dijangkiti Covid 19 tidak benar



Laporan media tempatan sejak semalam yang menyebut Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dijangkiti Covid 19 tidak benar.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, Dr Wan Azizah telah pun melakukan ujian saringan kendiri Covid pagi ini dan keputusannya negatif.


"Semalam ada media memetik sumber petugas parti sebagai berkata YB Dr Wan Azizah Wan Ismail positif Covid-19. Maklumat itu tidak benar.


"Kak Wan uzur semalam dan terpaksa berehat, maka tidak dapat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Lembah Pantai.


"Oleh itu, Setiausaha Agung KEADILAN, YB DS Saifuddin Nasution Ismail telah menggantikan beliau di saat akhir.


"Hari ini Kak Wan telah menjalani ujian saringan kendiri Covid-19 dan alhamdulillah beliau negatif," katanya.

0 comments

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page