Dr Taufiq pimpin KBS, diberi taklimat kementerian
- Suara Keadilan

- Dec 17, 2025
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini memasuki lembaran baharu apabila Dr Mohammed Taufiq Johari secara rasmi melapor diri sebagai menteri di kementerian itu bersama timbalannya, Mordi Bimol.
KBS dalam satu muat naik di Facebook rasmi memaklumkan, kedua-dua pemimpin baharu itu melapor diri selepas selesai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan di Istana Negara pagi tadi.
"Ketibaan kedua-dua pemimpin utama KBS ini disambut oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu.
"Sesi lapor diri turut disusuli dengan taklimat pengurusan tertinggi KBS yang merangkumi hala tuju kementerian, keutamaan strategik, pelaksanaan dasar sedia ada serta perancangan KBS.
"Semoga kepimpinan baharu ini akan terus memperkukuh usaha kementerian dalam melahirkan belia berdaya saing serta memacu kecemerlangan sukan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa," kata kementerian itu.
Untuk rekod, Dr Mohammed Taufiq merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani dan juga seorang doktor perubatan.
Beliau adalah Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat dan Ketua Cabang KEADILAN Sungai Petani.
KBS sebelum ini dipimpin oleh Hannah Yeoh Tseow Suan selaku menteri dan Adam Adli Abdul Halim sebagai timbalannya.









Mình có lần lướt đọc mấy trao đổi trên mạng thì thấy nhắc tới tg88x.com, nên cũng tò mò mở ra xem thử cho biết. Mình không tìm hiểu sâu, chỉ xem qua trong thời gian ngắn để nhìn bố cục và cách sắp xếp nội dung tổng thể, cảm giác khá gọn và dễ theo dõi nên mình đọc lướt rồi quay lại đọc các bình luận khác.