top of page

Dr Sathia dipuji, tindakan pantas selamatkan nyawa warga emas



Tindakan pantas Dr Sathia Prakash Nadarajan memberikan rawatan kecemasan kepada seorang warga emas dalam pesawat berjaya menyelamatkan nyawa penumpang tersebut.


Kejadian berlaku 1 Disember lalu ketika Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Chennai, India untuk menghadiri Desam Media International Golden Icon Awards 2023 sebagai tetamu jemputan.


Berkongsi detik cemas itu di laman Facebooknya, Dr Sathia berkata, kira-kira 30 minit sebelum pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, Tamil Nadu, wanita warga emas berusia 80 tahun tiba-tiba mengalami situasi kecemasan apabila badannya berpeluh sebelum pengsan.

"Saya satu-satunya pegawai perubatan yang berada dalam pesawat itu.


"Saya mempunyai tabiat membawa statoskop bersama ke mana jua saya pergi dan ia dapat membantu saya memberikan rawatan kecemasan yang termampu sebagai tindakan awal," katanya.


Susulan tindakan pantas itu, beberapa orang pengamal media dari Malaysia yang kebetulan berada dalam pesawat yang sama telah mengambil gambar detik cemas yang kemudian tular dan mendapat pujian netizen.


Malah perkongsian Dr Sathia di laman Facebooknya turut mendapat perhatian dan pujian warga net.


"Semangat sebegini yang membuat saya masih percaya bahawa nilai kemanusia masih lagi wujud. Kudos kepada Dr Sathia Prakash .


"Seorang pengamal perubatan perlu bertindak pantas kerana dalam dunia perubatan, setiap detik adalah berharga dan bernilai," kata natizen.


Dr Sathia sementara itu menggesa semua syarikat penerbangan agar menyediakan set peralatan pemeriksaan tekanan darah, stetoskop, pulse oximeter iaitu peranti perubatan untuk mengukur kadar oksigen di dalam badan dan kit peralatan kecemasan asas di dalam setiap pesawat untuk memudahkan sebarang urusan kecemasan kepada penumpang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page