Dr Poline Bala bawa dimensi baharu sejarah Borneo, lebih inklusif - Abun
- Suara Keadilan

- Sep 4
- 1 min read

Pelantikan Pengarah Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Poline Bala (gambar) sebagai Ahli Kaunsil Sejarawan Nasional (MSJN) disifatkan sebagai satu pengiktirafan besar terhadap kepakaran beliau dalam bidang antropologi, budaya dan masyarakat Borneo.
Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit berkata, pelantikan berkuat kuasa 1 Ogos 2025 itu bukan sahaja mengangkat nama Sarawak, malah memperkukuh naratif sejarah Malaysia yang lebih inklusif.
“Pelantikan ini bukan sahaja suatu pengiktirafan nasional terhadap kepakaran Prof. Dr. Poline Bala dalam bidang antropologi, budaya dan masyarakat Borneo, tetapi juga satu kebanggaan besar buat Sarawak serta negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, Prof Dr Poline dijangka boleh memainkan peranan penting dalam membetulkan penulisan sejarah yang tidak berpaksikan fakta, mengetengahkan warisan masyarakat Borneo, serta menyumbang kepada pembinaan naratif sejarah negara yang lebih adil dan menyeluruh.
“Saya yakin kehadiran Prof. Dr. Poline Bala dalam Kaunsil Sejarawan Nasional akan memberikan dimensi baharu kepada usaha memahami sejarah Malaysia yang lebih objektif dan seimbang,” katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas pelantikan tersebut yang dianggap amat bermakna untuk dunia akademik serta masyarakat Borneo.









Comments