top of page

Dr M tidak wajar pertikai kesetiaan Cina, India, pecah belah keharmonian



Bekas Perdana Menteri (PM) selama lebih dua dekad Tun Mahathir Mohamad diingatkan agar tidak membuat kenyataan yang memecah belahkan keharmonian antara kaum di negara ini.


Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, kesetiaan orang India dan Cina di Malaysia terhadap negara tidak boleh dipersoalkan hanya kerana mereka bercakap dalam bahasa ibunda dan menganut budaya serta adat mereka sendiri seperti diluahkan oleh Dr Mahathir dalam satu temuramah media baru baru ini.


"Amat malang walaupun telah menerajui negara ini selama bertahun-tahun, Tun Dr Mahathir masih merasa wajar untuk membuat kenyataan yang bersifat memecahbelahkan terutamanya dalam hal kaum.


"Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan kaum. Warga Malaysia adalah dari pelbagai latar belakang agama dan budaya.


"Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf perkara ini dengan jelas, bahawa kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata oleh Perlembagaan itu sendiri, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara hanya atas alasan agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Gobind, telah menjadi keunikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum bercakap dalam pelbagai bahasa dan fasih berbahasa lebih daripada satu bahasa.


Hal itu katanya, tidak pernah menjadi masalah atau dianggap sebagai ketidaksetiaan kepada negara sebelum ini.


"Ia juga diterima umum ramai rakyat kita bercakap lebih daripada satu bahasa, kebanyakan mereka fasih dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda mereka sendiri yang termasuk antaranya Cina, Tamil, Iban atau Kadazan.


"Ini tidak pernah menjadi masalah kepada kami. Sebaliknya, kepelbagaian itulah yang telah menguatkan kita dan meletakkan kita dalam kedudukan untuk mendapat manfaat daripada dunia hari ini yang sebahagian besarnya bersifat global," katanya.


Oleh itu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Malaysia itu berasa agak kecewa apabila Dr Mahathir yang hidup di Malaysia sejak sebelum merdeka dan menjadi ahli politik di hampir dua per tiga usianya yang mencecah satu abad itu memberi pendapat seolah olah beliau tidak pernah menyaksikan semua bangsa bergandingan tangan dan berjerih perih membangun Malaysia menjadi negara terbilang sebagaimana hari ini.


"Dr Mahathir mesti mengakui semua rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Sabah atau Sarawak telah bekerja dan masih bertungkus lumus membina negara ini.


"Tidak salah jika kita datang daripada latar belakang kaum, agama dan budaya yang berbeza atau bercakap dalam bahasa yang berbeza. Kita sememangnya rakyat Malaysia dan setia kepada negara kita," katanya lagi.


Dr Mahathir baru baru ini dalam temu bual eksklusif secara dalam talian bersama saluran TV satelit India, Thanthi TV berkata, seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu dahulu untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.


Beliau kemudian mengaitkan orang India yang tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, sebaliknya bercakap bahasa Tamil.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page