top of page

Dr Joohari santuni pengundi Cina, pecutan minggu akhir kempen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 3, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin melipat gandakan usaha menyantuni masyarakat Cina di Pekan Lama Sungai Bakap, semalam.


Lebih dimesra dipanggil Cikgu Joohari, anak jati Sungai Bakap itu dilihat terus menyantuni pengundi menjelang 6 Julai ini.


Menawarkan politik khidmat bakti, Cikgu Joohari dilihat giat memperjelaskan visi dan misinya dan menjanjikan perkhidmatan lebih baik kepada pengundi.


Sabtu ini seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.


Cikgu Joohari ditugaskan untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN itu setelah beralih tangan ke Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.


Bagi merealiasikan hasrat itu, Cikgu Joohari menetapkan ‘PADU’ sebagai akronim manifestonya untuk menambat hati pengundi di DUN berkenaan.


Beliau menggariskan empat visi sebagai usaha meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat selain menumpukan pembangunan sahsiah belia dan penyediaan infrastruktur kepada masyarakat Sungai Bakap.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page