Dr Gunaraj: Dari Kota Raja ke medan politik nasional
- Suara Keadilan
- 1 hour ago
- 1 min read

Dr Gunaraj George yang menang posisi Ahli Majlis Pimpinan Pusat dalam kerjaya politik nya.
Bagi Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, Danish Hairudin, Dr Gunaraj telah membuktikan beliau antara pemimpin yang naik dari akar umbi dan diterima secara inklusif oleh para anggota KEADILAN dari seluruh Malaysia.
Katanya, Dr Gunaraj menang posisi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2025 sebagai antara empat calon yang mendapat undi tertinggi.
Sebelum itu, beliau menang Ketua Cabang Kota Raja 2025 dengan undian tertinggi dalam Malaysia, sebanyak 4,643 undi. Malah pada Pilihan Raya Negeri Selangor lalu, Dr Gunaraj telah menang DUN Sentosa dengan majoriti 46,000.
"Tahniah YB Dr Gunaraj George yang telah dipilih oleh para perwakilan seluruh negara sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN 2025-2028.
"Harapan yang besar para anggota hadir (diikuti) dengan tanggungjawab yang besar (selepas menang)," katanya.
Beliau berharap Dr Gunaraj akan lebih menyerlah selepas menjadi ahli politik peringkat nasional, terutama formula untuk mendapatkan kepercayaan sebahagian besar pengundi dalam pilihanraya.