top of page

Dr Fahmi Ngah serah sumbangan raya kepada 100 individu



Seramai 100 individu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya daripada Exco Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah.


Sumbangan bakul makanan yang mengandungi barangan dapur bernilai RM100 dan duit raya RM150 daripada Yayasan Telekom Malaysia (TM) Selangor itu disampaikan pada program Cahaya Ramadan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di Petaling Jaya semalam.

"Program serahan sumbangan hari ini dibuat dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Telekom Petaling Jaya dan Pusat Khidmat DUN Seri Setia.


"Sumbangan bakul makanan dan duit raya ini memberi manfaat kepada 50 asnaf dan 50 ibu tunggal DUN Seri Setia dengan jumlah bernilai RM250," kata Dr Fahmi yang juga wakil rakyat Seri Setia dipetik.


Difahamkan penerima sumbangan itu terdiri dari kalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), pelajar tahfiz dan masyarakat Orang Asli.


Pada majlis sama, Naib Presiden Kawal Selia & Perhubungan TM Meor Shahril Anuar Rathuan berkata pihaknya membelanjakan sejumlah RM320,000 untuk membantu 3,000 golongan memerlukan di seluruh negara sepanjang Ramadan tahun ini.

"Matlamat kami adalah untuk meringankan kesusahan para penerima bantuan, memastikan mereka juga dapat berkongsi serta merasai kegembiraan dan kemanisan bulan Ramadan," katanya.


0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page