top of page

Dr Dzulkefly rakam penghargaan kepada pasukan rawat Hj Hadi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 19
  • 1 min read

DS Dr Dzulkefly bersama barisan doktor pakar yang merawat Presiden Pas, Hj Hadi
DS Dr Dzulkefly bersama barisan doktor pakar yang merawat Presiden Pas, Hj Hadi

Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merakamkan penghargaan tinggi kepada pasukan perubatan Institut Jantung Negara (IJN) yang berjaya menjalankan prosedur rawatan ke atas Presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang.


Dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi beliau, Dr Dzulkefly memaklumkan bahawa beliau telah menziarahi Hj Hadi yang menjalani prosedur perubatan yang kompleks tersebut.


"Prosedur yang dijalani beliau agak kompleks, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah, beliau dijangka pulang dalam masa terdekat.


"Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya," katanya.

Menurut Dr Dzulkefly, prosedur rawatan membabitkan pasukan Kardiologi serta Surgeri Kardiovaskular dan Torasik.


Pasukan itu diketuai oleh dua pakar perubatan berpengalaman, iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon dan Datuk Dr Kumara Gurupparan.


Hj Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pernah menerima rawatan susulan di IJN. Bagaimanapun prosedur rawatan diterimanya kali ini tidak diperincikan.


Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu ciapan di laman X turut mendoakan Hj Hadi diberi kesihatan baik yang berterusan selepas menjalani prosedur rawatan.


"Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Hj Hadi, InsyaAllah," katanya ringkas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page