top of page

DOSM jangka pertumbuhan ekonomi baik suku kedua tahun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 24, 2024
  • 1 min read


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua 2024.


Jangkaan itu disokong Indeks Pelopor (IP) yang pulih ke trajektori positif sebanyak 0.3 peratus untuk mencapai 110.1 mata pada Disember 2023 berbanding 109.8 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.


Tambahnya, ini merupakan pertumbuhan positif yang pertama selepas penurunan sembilan bulan berturut-turut, didorong oleh lonjakan dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (41.5 peratus) berbanding negatif 25.8 peratus pada November 2023.


"Melihat kepada prestasi bulanan, IP juga meningkat sebanyak 0.3 peratus, disumbangkan oleh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia dan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Tambah kenyataan itu lagi, kadar IP terlicin bagi Disember 2023 kekal di bawah trend 100.0 mata.


"Meskipun masih berada di bawah trend, ekonomi Malaysia dijangka lebih baik dalam tempoh terdekat, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan keadaan pasaran pekerjaan yang stabil," jelasnya.


DOSM yang merujuk kepada senario ekonomi semasa turut berkata,Indeks Serentak (IS) meningkat 2.3 peratus kepada 123.1 mata pada Disember 2023 berbanding 120.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.


"Peningkatan ini disumbangkan oleh semua komponen kecuali Indeks Pengeluaran Perindustrian (-0.1 peratus)," katanya.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, IS menyusut 0.5 peratus bulan ke bulan, disebabkan oleh prestasi Indeks Pengeluaran Perindustrian yang tidak memberangsangkan (-0.3 peratus).

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page