top of page

Dokumentari kenang jasa Abdullah Badawi akan ditayangkan kepada umum

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 17
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan MADANI telah meminta agar satu dokumentari berkaitan Perdana Menteri (PM) Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi disiarkan untuk tontonan umum.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tujuan dokumentari itu ditayangkan adalah untuk memperingati jasa dan bakti bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu.


"Saya telah minta siri dokumentari dan juga bahan-bahan berkaitan jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dapat disiarkan.


"Terutamanya (dokumentari) itu disampaikan kepada golongan anak-anak muda yang mungkin tidak mengenali atau mengingati jasa Allahyarham," katanya pada sidang media mingguan, di Putrajaya, hari ini.


Menelusuri latar belakang hidupnya, Tun Abdullah dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.


'Pak Lah' meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 April lalu jam 7.10 malam.


Pada waktu pemerintahannya beliau memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang membawa erti menghampiri Masyarakat Madani yang pada ketika itu digunakan meluas oleh Barisan Alternatif dalam kempen menghadapi kerajaan BN.


Tun Abdullah bagaimanapun berundur akibat desakan Tun Mahathir setelah BN menunjukkan prestasi kurang baik dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim menguasai lima negeri di Semenanjung.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page