top of page

'Doktor cukup tetapi pesakit tunggu berbulan-bulan dapatkan rawatan'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 15, 2021
  • 1 min read


Kementerian Kesihatan Malaysia dipersoalkan mengenai jumlah kecukupan jumlah doktor di hospital awam kerana baru-baru ini enggan menempatkan segera doktor-doktor kontrak ke dalam sistem kesihatan awam negara.


Dalam soalan tambahan sesi pagi Dewan Rakyat, Rusnah Aluai (Tangga Batu) mahu penjelasan sekiranya jumlah doktor mencukupi apakah alasannya masih banyak pesakit-pesakit di hospital awam terpaksa menunggu berbulan-bulan sebelum mendapat rawatan.


"Kita dapati doktor muda adakan hartal hingga diambil tindakan. Jadi diharap dapat berikan masa depan yang lebih baik kepada doktor.


"Kita katakan jumlah doktor berlebih, kalau jumlah cukup mengapakah jumlah pesakit kena menunggu hingga berjam-jam, berbulan malah bertahun untuk mendapatkan rawatan? Adakah kerana kita (kerajaan) tidak mewujudkan perjawatan (secukupnya) kerana kurang sangat jumlah hospital baru yang diwujudkan," katanya.


Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Khairy Jamaluddin menjawab kelewatan mendapatkan rawatan adalah bagi pesakit yang memerlukan rawatan doktor pakar. Kementerian sedang berusaha ke arah menambah doktor pakar dan kerjasama diperlukan dari Kementerian Kewangan.


Mengenai doktor kontrak katanya, mereka diberi peluang untuk mendapat kemudahan seperti doktor tetap dan peluang menjalani kursus-kursus yang ditawarkan kepada jawatan tetap.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page