top of page

DNB kuasai spektrum 5G sehingga 80%, diikuti model dwirangkaian



Penguasaan syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) ke atas perkhidmatan 5G di Malaysia akan diteruskan sehingga 80% liputan di kawasan berpenduduk selesai dilakukan menjelang penghujung 2023, dan selepasnya negara akan beralih kepada model dwirangkaian.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, perkara itu diputuskan oleh kerajaan untuk tidak menjadikan pembekalan perkhidmatan 5G dikawal oleh satu syarikat tunggal.


"Peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian bukan sahaja untuk rakyat, malah juga untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G.


"Keputusan ini dibuat dengan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan dan inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif.


"Model ini turut mengambil kira kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB," katanya dalam sidang media petang ini.


Pecemahan monopoli yang bersistematis itu, kata Fahmi, bersesuaian dengan prinsip utama yang digariskan dalam ucapan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu.


"Peralihan ini dapat memanifestasikan keterangkuman melalui penyertaan penuh penyedia perkhidmatan tanpa menjejaskan langganan 5G sedia ada pada kadar yang berpatutan untuk rakyat.


"Kementerian Komunikasi dan Digital sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan DNB serta pihak penyedia perkhidmatan bagi memastikan peralihan kepada model dwirangkaian kelak berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat dan keyakinan pelabur," kata Fahmi lagi.


Untuk rekod, DNB sebelum ini menyatakan rangkaian 5G telah meliputi 57.8% kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia.


Berdasarkan maklumat itu, liputan 5G telah mencapai 90% kawasan berpenduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.


Manakala di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ia telah mencapai liputan sekitar 50% kawasan berpenduduk.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page