top of page

DNAA Zahid Hamidi: Peguam Negara buat keputuan, tiada campurtangan


Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid daripada 47 tuduhan rasuah baru baru ini tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.


Sebaliknya, PM meminta penjelasan daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berhubung keputusan DNAA tersebut.


"Kenyataan sebelum ini seolah-olah Perdana Menteri campur tangan. Kita cakap dengan hukuman dan keadilan, bukan dengan andaian.


"Apakah saya berbincang? Bila Peguam Negara buat keputusan, saya tanya dia apa alasan, dia beri 11 alasan, bukannya bincang.


"Saya tahu ramai yang tidak puas hati, itu betul. Itu hak mereka tanya Peguam Negara. Keputusan itu dibuat oleh mantan Peguam Negara yang dilantik oleh Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin)," katanya.


Beliau berkata demikian ketika sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat petang tadi.


Jelasnya, keputusan DNAA itu bukan sahaja perkara baharu, malah ia pernah berlaku membabitkan beberapa kes sebelum ini sehingga menjadi rujukan.


"Adakah ada rujukan? Ada. Sebelum ini beberapa rujukan membabitkan beberapa kes. Oleh kerana kes DNAA ini melibatkan kes dibangkitkan, akhirnya keputusan dibuat Peguam Negara," ujarnya.


Sebelum ini, keputusan DNAA Ahmad Zahid daripada daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi mengundang pelbagai reaksi termasuk daripada Ahli Parlimen pembangkang.


Mereka mendesak kerajaan khususnya bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan penggantinya, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh tampil memberikan penjelasan berhubung keputusan DNAA tersebut.


Selain itu, PM juga membidas Ahli Parlimen pembangkang yang memberi pandangan seolah-olah isu DNAA itu adalah satu-satunya kes yang pernah berlaku pembebasan oleh Peguam Negara.


"Banyak saya bagi contoh termasuk Ahli Parlimen belah sana (pembangkang) dan banyak kes besar lain. Kenapa Yang Berhormat tak bangkitkan?


"Kenapa (kes) pembesar-pembesar yang bilionair (tidak bangkitkan). Tak dengar suara pun. Apakah kerana dia bantu kita maka kita diam?


"Banyak kes puluh bilion tapi saya tak dengar (mereka) jadi juara tetapi hanya sasarkan kepada TPM 1 (Zahid)," katanya.


Sementara itu semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said memberikan penjelasan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah kuasa budi bicara Peguam Negara.


Jelasnya, budi bicara itu adalah peruntukan yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan ia tidak boleh dipersoalkan.


Justeru, katanya, kerajaan pada ketika ini bercadang untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya sebagai usaha mereformasikan sistem perundangan.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pengerang tersebut mengkritik pembangkang kerana gagal memisahkan kuasa Peguam Negara berkenaan semasa mereka menjadi kerajaan.


"Kerajaan MADANI komited kepada tatakelola yang lebih adil. Kami ‘walk the talk’ Pembangkang ‘don’t walk, don’t talk’,” ujar Azalina.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page