top of page

Disyaki sorok beras, kilang di Kedah disita

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 11, 2023
  • 1 min read


Sebuah kilang beras di Kedah disita kerana disyaki menyorok beras putih tempatan (BPT) seberat 180 tan.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata tindakan itu susulan serbuan dilakukan petugas khas Ops BPT yang menyerbu premis itu pada Isnin.


Tambahnya, kilang terbabit didapati menyorok bekalan beras bergred Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen.

"Mengesyaki kilang itu telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, pasukan Task Force Khas bertindak menyita BPT yang berada di dalam gudang ini dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000.


"Sitaan dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996 P.U (A) 626," katanya dipetik

Antara agensi dan jabatan yang terbabit dalam operasi itu adalah Kawalselia Padi dan Beras (KPB), polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS).


Foong Hin berkata, ia adalah sitaan pertama dalam tempoh Op BPT dilaksanakan yang setakat ini merangkumi pemeriksaan terhadap lapan pemborong dan enam pengilang di negeri ini.


Menurutnya, jika didapati bersalah, pengurusan kilang terbabit boleh didenda sehingga RM25,000 bagi kesalahan pertama dan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras melalui notis secara bertulis boleh membatalkan atau menggantung lesen.


"Jangan ambil kesempatan kerana ini masanya kita berganding bahu untuk menjamin kecukupan bekalan makanan yang berpatutan untuk rakyat, bukannya menekan pengguna atau pesawah demi mengaut keuntungan lebih," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page