top of page

Diplomasi matang PMX julang nama Malaysia sepanjang Sidang ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 minute ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Pendekatan diplomasi yang matang dan tegas oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani isu serantau merangkumi ekonomi, keselamatan makanan, tenaga hijau dan konflik kemanusiaan menyerlahkan kredibiliti serta visi Malaysia sebagai pemimpin berprinsip sempena Kepengerusian ASEAN ke-47.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Hami Astafi Ab Halim (gambar) berkata, penganjuran sidang itu bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau, tetapi turut membuktikan keupayaan PM Anwar membawa suara rakyat dan ASEAN ke tahap yang lebih tinggi berpaksikan keadilan, kemanusiaan dan kemakmuran bersama.


"AMK Johor yakin kejayaan ini akan memperkukuhkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia serta memberi manfaat langsung kepada rakyat melalui peningkatan pelaburan, peluang pekerjaan dan pembangunan mampan.


"Kami turut menyeru generasi muda untuk terus mendukung dasar dan gagasan Malaysia MADANI yang diperjuangkan Datuk Seri Anwar sebagai lambang Malaysia baharu yang berdaya saing, beretika dan disegani di mata dunia," katanya dalam satu kenyataan.


Susulan kejayaan di pentas antarabangsa itu, Hami berkata pihaknya merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia menganjurkan Sidang ASEAN 2025 yang berlangsung dengan penuh tertib, bermaruah dan berwibawa di bawah kepimpinan PM Anwar.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page