top of page

Diesel, RON97 turun 8 sen selaras dengan harga minyak dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 8
  • 1 min read

ree

Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol RON97 serta diesel di Semenanjung Malaysia bagi minggu depan, masing-masing sebanyak 8 sen, demikian menurut Kementerian Kewangan.


Kementerian dalam kenyataan berkata harga yang berkuat kuasa dari 8 hingga 14 Mei itu ditetapkan selaras penurunan harga pasaran minyak dunia.


"Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 8 sen kepada RM3.10 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun kepada RM2.80 seliter," kata kenyataan itu.


Kementerian itu berkata penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu ditetapkan menggunakan formula Penetapan Harga Automatik (APM).


Jelasnya melalui kaedah itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.


Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, katanya.


"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.


"Kerajaan akan terus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan Kementerian Kewangan.


Harga diesel berada pada tahap RM3.18 seliter pada 5 Mac lalu sebelum menunjukkan trend penurunan kepada RM3.13/liter (6 Mac), RM3.03 (20 Mac), RM2.98 (10 April) dan RM2.88 (17 April).


RON97 turut menunjukkan trend menurun dari Mac lalu (RM3.43 seliter), RM3.38 (6 Mac) dan RM3.28 (13 Mac) namun naik sedikit kepada RM3.33 (3 April) sebelum kembali kepada RM3.28 (10 April) dan RM3.18 (17 April hingga 7 Mei).


Harga RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala diesel di Sabah dan Sarawak serta Labuan (RM2.15 seliter) kerana masih diberi subsidi secara pukal oleh kerajaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page