top of page

Dewan Negara lulus RUU Sistem Insurans Pekerjaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Negara pada Khamis selepas dibahaskan oleh 12 senator.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata peruntukan baharu di bawah Seksyen 37A merupakan antara empat aspek utama pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang bertujuan menggalakkan mobiliti dan meningkatkan peluang Orang Berinsurans (OB) mendapat pekerjaan yang sesuai.


"Pindaan membolehkan Elaun Bantuan Mobiliti dibayar sekali gus kepada OB yang berjaya mendapat penempatan baharu, khususnya bagi jarak pekerjaan melebihi 100 km.


"Elaun ini diberikan kepada OB yang melapor diri untuk bekerja dalam tempoh 12 bulan selepas menerima elaun mencari pekerjaan terakhir atau elaun bekerja semula," katanya dipetik.


Bagaimanapun, elaun tersebut tidak diberikan kepada OB yang menerima elaun pendapatan berkurangan atau mempunyai lebih daripada satu majikan semasa kehilangan pekerjaan.


Pindaan turut memperluas peranan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memudahkan pencari kerja mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan majikan.


Langkah itu jelas Khairul Firdaus selari dengan strategi meningkatkan kesejahteraan pekerja di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) serta memperkukuh perlindungan sosial menghadapi pasaran buruh yang dinamik.


Sementara itu beliau turut memaklumkan, Jemaah Menteri pada 27 Febuari lalu telah bersetuju menyelaraskan amaun denda bagi majikan yang gagal melaporkan kekosongan jawatan di bawah Seksyen 45F.


Jelasnya, denda yang dicadangkan adalah tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan pertama, RM3,000 bagi kesalahan kedua dan RM5,000 bagi kesalahan ketiga atau seterusnya, berbanding cadangan asal RM10,000.


"Bagaimanapun, OB yang diberhentikan kerja akibat salah laku atau tindakan disiplin tidak layak menerima faedah berkenaan," kata Ahli Parlimen Batu Sapi itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page