Derhaka terhadap Agong: Seluruh Kabinet PM Mahiaddin perlu letak jawatan


Seluruh kabinet Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin digesa meletak jawatan susulan kenyataan rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong berhubung tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menamatkan Darurat tanpa perkenan istana.


Ketua Angatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir berkata, keputusan kontroversi tersebut telah diambil secara kolektif oleh semua anggota kabinet dan dengan itu kesemua menteri dari parti-parti yang menyokong PN seharusnya mengambil tanggungjawab di atas hal yang memalukan tersebut.


"Merujuk kepada kenyataan akhbar terbaru yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan dukacita terhadap Menteri Undang-Undang, YB Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara,

Tan Sri Idrus Harun atas tindakan Kerajaan membatalkan Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenan Baginda.


"AMK yakin dan percaya tindakan Menteri Undang-Undang ini dibuat hasil keputusan kolektif Kabinet PN di bawah kepimpinan PM, Tan Sri Mahiaddin Yassin.


"AMK berpendirian tindakan yang membelakangkan Agong ini merupakan satu perbuatan pecah amanah dan jenayah yang bercanggah dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan," kata Akmal.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu mendesak kabinet PM Mahiaddin meletak jawatan segera dan serta merta. Katanya, kerajaan PN tidak boleh lagi menggunakan pelbagai alasan untuk terus berpaut pada kuasa.


"AMK mendesak PM Malaysia dan seluruh barisan kabinet PN mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan serta merta.


"AMK juga akan menggerakkan kempen laporan polis di seluruh negara bermula petang ini, bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Mahiaddin, Takiyuddin dan Idrus Harun atas perbuatan derhaka mereka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER