"Dengar, tindak, selesai", Saifuddin buktikan komitmen selesai isu rakyat
- Suara Keadilan

- Jul 18
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor terus membuktikan komitmen untuk memastikan isu berbangkit di daerah itu dapat ditangani sebaik mungkin.
Saifuddin Shafi Muhammad memaklumkan, pihaknya menerima pelbagai aduan dari rakyat sekitar termasuk berkaitan isu keselamatan jalan raya terutama di persimpangan Taman Perumahan Semarak, Bukit Beruntung yang pernah berlaku kemalangan maut.
Justeru melalui pendekatan diplomasi, pihaknya mengadakan perbincangan bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mencari kaedah terbaik yang boleh dilaksanakan.
"Terpanggil daripada kemalangan maut yang berlaku di persimpangan tersebut, saya mengadakan lawatan mengejut bagi mencari menyelesaikan masalah tersebut.
"Hasil perbincangan, pihak Kejuruteraan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) setuju meletakkan penanda perlahan dan bina dua bonggol di setiap arah bagi mengurangkan risiko kenderaan laju," kata Saifuddin menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Saifuddin memaklumkan, turut hadir pada perbincangan itu ialah Pengerusi Kawasan Rukun tetanga ( KRT) Jalan Semarak Ikhsan Helmi dan Ahli Majlis Murugan Veerapandian
"Terima kasih Puan Julaiha Jamaludin Yang Dipertua MPHS yang peka dengan kehendak setempat," tambahnya dalam hantaran tersebut.
Sebagai rekod, Saifuddin yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor turut menyelesaikan aduan berkaitan isu keselamatan jalan raya dibangkitkan penduduk sekitar Antara gapi.
Susulan isu yang dibangkitkan, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada bulan lalu tampil memasang beberapa 'speed bump' bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di kawasan perumahan tersebut.









Comments